• Utama
  • Profil Klinik

Profil Klinik

Klinik Gigi Terbaik Shah Alam - Kami Mengutamakan Kesihatan dan Kecantikan Senyuman Anda
- PROFIL KLINIK

Sedia Membantu Anda dalam setiap Rawatan

  • Misi

Untuk menjadi klinik gigi terunggul yang menyediakan perkhidmatan rawatan gigi yang berkualiti dan mesra pelanggan dengan harga berpatutan kepada setiap lapisan masyarakat.

  • Visi

kami berhasrat untuk membina kepercayaan dan kepuasan pelanggan melalui pendekatan yang inovatif dan penggunaan teknologi terkini, sambil memastikan setiap pesakit mendapat rawatan yang terbaik dalam suasana yang selesa dan menyenangkan.

KELEBIHAN KAMI

Mengapa Pilih Klinik Gigi Alam Budiman ?

Doktor Gigi Berpengalaman

Berpengalaman luas dalam memberikan perkhidmatan pergigian dan mempunyai keupayaan dalam menyelesaikan
masalah  pergigian kanak-kanak istimewa.

Doktor Gigi Bertauliah

Doktor yang komited dalam mengatasi perasaan takut terhadap doktor gigi dengan sentuhan mesra dan lembut doktor dan para perawat supaya pesakit sentiasa merasa selesa, selamat & tenang.

Tempat Kereta Yang Lapang

Anda tidak perlu risau untuk mendapatkan tempat letak kereta. Klinik Gigi Alam Budiman terletak di kawasan yang terdapat banyak tempat letak kereta. Semasa mendapatkan rawatan, bayaran parking kereta boleh dituntut di kaunter klinik.
DOKTOR GIGI KAMI

kenali Doktor Berpengalaman kami

DOKTOR GIGI BERPENGALAMAN

Dr. Nor Sabihah Bt. Ahmad Refaei

Doktor gigi kami, Dr Nor Sabihah Ahmad Refaei, (BDS, Al Azhar) berpengalaman luas dalam bidang pergigian setelah 6 tahun bekerja di klinik pergigian kerajaan. Beliau telah diberi peluang untuk mengambil alih Klinik Pergigian Al Ansar. Klinik ini telah diberi nafas baru supaya pesakit-pesakit kami mendapat rawatan dalam keadaan yang lebih selesa.

Kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu dan tahap perkhidmatan yang diberikan di Klinik Gigi Alam Budiman supaya dapat memenuhi segala keperluan pergigian anda
faq

Mempunyai Sebarang pertanyaan?

Kami menawarkan pelbagai rawatan pergigian termasuk pembersihan gigi, tampalan, pencabutan, rawatan akar, pemutihan gigi, pemasangan braces, gigi palsu, crown & bridge,veneer, pembedahan geraham bongsu dan rawatan gigi kanak-kanak.  Setiap rawatan dijalankan oleh doktor  gigi  yang berpengalaman untuk memastikan keselesaan dan kepuasan anda.

Ya, kami menerima pesakit tanpa temujanji. Namun, kami menggalakkan pesakit untuk membuat temujanji terlebih dahulu bagi memastikan anda mendapat masa yang sesuai dan mengurangkan waktu menunggu. Rawatan untuk pesakit tanpa temujanji adalah berdasarkan ketersediaan.

Anda boleh membuat temujanji melalui melalui saluran berikut :

WhatsApp   : 011-3640 5549

Telefon    : 03-7832 5549

Facebook : Klinik Pergigian Al Ansar

Instagram :  @ansardental

Email        :  kpansarshahalam@gmail.com

Ya, kami menyediakan rawatan pergigian khusus untuk kanak-kanak, termasuk penjagaan pencegahan seperti fluorida dan pelindung gigi (sealant). Pasukan kami mesra kanak-kanak dan terlatih dalam memberikan rawatan yang lembut dan menenangkan.

Keselamatan dan kebersihan adalah keutamaan kami. Kami mematuhi semua garis panduan kebersihan dan keselamatan yang ketat, termasuk pensterilan peralatan, penggunaan PPE oleh kakitangan, dan sanitasi bilik rawatan selepas setiap pesakit.

Klinik kami terletak di Seksyen U10 Alam Budiman, Shah Alam. Lokasi klinik adalah dihadapan jalan utama Shah Alam - Puncak Alam dengan kemudahan tempat letak kereta yang luas.